Mistikus Cinta

0

Sumber : Petikan dari Buku 40 Tokoh Pontian
Penyelidik : Saidi Arham

Nama penuh beliau Haji Ahmad Shah bin Abdul Jabar bin Haji Omar. Ibunya bernama Mardziah Haji Abdul Ghafar. Ayahnya berasal dari Demak di Jawa Tengah dan pernah menjadi imam dan jurunikah di Rimba Terjun. KH. Ahmad Shah dilahirkan pada tahun 1901 merupakan anak sulung dari empat beradik yaitu Muslimah, Ramlah dan Saminah. Ketika meningkat remaja, beliau dihantar oleh ayahnya belajar agama di Deli Serdang, Sumatra Utara.

Ahmad Shah pernah berguru kepada Syeikh Abdul Karim Tamin, Syeikh Zarkasi Barjan dari Purworejo dan Syeikh Hasan Ma’ruf dari Kebumen. Beliau kemudian menikah dengan Aishah binti Rozikin.

1935 – Dilantik menjadi imam masjid Pontian.
1936 – Dilantik menjadi Kadhi Pontian.
1940 – Dilantik menjadi Kadhi Mersing.

Semasa perang beliau berhijrah ke Tanjung Samak di Pulau Rangsang, Riau untuk mengusahakan sawah padi. Setelah tamat perang beliau kembali ke Pontian bersama isteri keduanya Khadijah Haji Ali dan anak-anaknya. Isteri-isterinya yang lain ialah Sairah, Aishah dan Kartini binti Mustahir.

Pada 1945 beliau bersama ulama-ulama lain antaranya seperti Tuan Haji Fadhil Banten bertugas menjaga istana Tuanku Sultan Johor.

1947 – Dilantik menjadi Kadhi di Batu Pahat
1952 – Dilantik menjadi Kadhi di Muar
1955 – Dilantik menjadi Kadhi daerah Johor Bahru dan seterusnya menjadi Kadhi Besar Johor.
1957 – Bersara dan kembali menetap di Rimba Terjun.

Pada 1959 beliau mendirikan surau Bandarshah untuk melebarkan lagi aktivitas Tareqatnya. Surau ini kemudiannya ditingkatkan tarafnya menjadi masjid pada 1986. Beliau juga berhuma ditanah seluas 4 ekar. Pernah hasil padinya sebanyak 3,000 gantang disedekahkan kepada masjid-masjid dan surau-surau terutama di daerah Pontian.

Dalam aktivtas Tarekat Naqsyabandiyah beliau selalu bergilir minggu untuk berada di Sungai Sarang Buaya dan di Parit Yusuf Muar ini. Walau bagaimanapun pada setiap petang Kamis, beliau akan kembali ke kampungnya di Pontian. Haji Ahmad Shah mempelajari dan menerima tarekat ini dari Syeikh Abdul Karim Tamin semasa ia belajar di Deli Serdang Sumatera Utara pada tahun-tahun 1920an.

Haji Ahmad Shah meninggal dunia pada 5 November 1971 setelah sakit beberapa kali. Ribuan murid dan pengikutnya menzirahi jenazahnya. Oleh karena terlalu ramai shalat jenazah untuknya dilakukan beberapa kali secara bergantian.


Jangan lupa dukung Mistikus Channel Official Youtube Mistikus Blog dengan cara LIKE, SHARE, SUBSCRIBE:




Anda sedang membaca KH. Ahmad Shah Pontian | Silahkan Like & Follow :
| | LIKE, SHARE, SUBSCRIBE Mistikus Channel
| Kajian Sufi / Tasawuf melalui Ensiklopedia Sufi Nusantara, klik: SUFIPEDIA.Terima kasih.
Sudah berapa lama Anda menahan rindu untuk berangkat ke Baitullah? Melihat Ka’bah langsung dalam jarak dekat dan berkesempatan berziarah ke makam Rasulullah. Untuk menjawab kerinduan Anda, silahkan klik Instagram | Facebook.

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top