SIRNANYA PERMATA SAHARA
Salah seorang ulama besar bermazhab Maliki asal Mauritania telah wafat. Beliau adalah Syekh Murabit al-Hajj yang telah melampaui usia 110 tahun.
Jika dunia Islam hari ini dapat menikmati cahaya ilmu dan dakwah dari para ulama tersohor seperti Syekh Hamzah Yusuf, Syekh Yahya Rodhus, Syekh Ibrahim Osi-Efa dan lain sebagainya, maka segala nikmat dan keberuntugan ini adalah hasil daripada didikan dan tuntunan murabbi ummah ini, Hazrat Syekh Murabit al-Hajj.
Beliau merupakan salah seorang dari para ulama yang paling berpengaruh dan dihormati di dalam dunia keilmuan Islam. Bahkan The Royal Islamic Strategic Studies Centre telah memasukkan nama beliau di dalam jajaran 500 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia.
Nama sebenarnya beliau adalah Sidi Muhammad bin Salek bin Fahfu. Beliau dilahirkan di sebuah perkampungan badiah yang bernama Tuwamarat di negeri Tagant, Mauritania. Tarikh lahir sebenarnya beliau tidak dapat dipastikan oleh para muridnya, sebagian mereka mengatakan pada tahun 1908, ada pula yang mengatakan pada tahun 1918.
Masjid Syekh Murabit Al Hajj |
Beliau memulai rihlah ilmunya di perkampungannya bersama ayah beliau sendiri. Ketika beliau berumur 19 tahun, beliau telah melanjutkan rihlah ilmunya ke Haramain. Perjalanan beliau membutuhkan waktu 3 tahun dengan berjalan kaki, melalui beberapa negara termasuk Mali, Niger, Chad, serta Sudan, kemudian dari Sudan beliau telah menaiki kapal untuk ke Yaman dan kemudian ke Haramain.
Beliau telah bermukim di Madinah selama beberapa waktu, karena kecerdasan dan keluasan ilmunya, beliau bahkan ditawarkan untuk mengajar di Masjidil Haram. Tetapi beliau menolak tawaran itu supaya beliau dapat tetap tinggal di Madinah dan menjadi jiran kepada Rasulullah saw.
Setelah kepulangan beliau dari rihlah Haramainnya. Beliau telah menetap di kampungnya Tuwamarat dan memulai kegiatan belajar dan mengajar di perkampungannya. Para pelajar dari segenap penjuru dunia telah datang kepada beliau untuk mengambil ilmu dan makrifat darinya.
Salah seorang dari murid beliau telah ditanya tentang jadwal harian beliau, bagaimanakah beliau membagi waktunya? Muridnya bercerita, Syekh akan bangun setiap harinya pada jam 2.30 atau 3.00 pagi. Beliau akan mendirikan shalat tahajjud, dan membaca beberapa juz dari al-Quran, hingga beberapa waktu sebelum subuh. Setelah itu beliau akan berjalan masjid untuk shalat subuh.
Beliau akan keluar kembali dari masjid menuju ke kemahnya setelah shalat Dhuha. Setelah itu beliau akan mulai mengajar hingga sekitar jam 11 pagi. Setelah semua pelajar pulang, beliau akan tidur sebentar sekitar setengah jam, sebelum para pelajar datang kembali dan menyambung pelajaran hingga waktu Dzuhur.
Setelah Dzuhur beliau akan kembali mengajar hingga satu jam sebelum Ashar, beliau akan makan siang dan meluangkan waktu untuk keluarganya hingga masuk waktu Ashar. Setelah Ashar, para pelajar akan mengerumuninya untuk memperdengarkan hafalan al-Quran mereka hingga tiba waktu Maghrib.
Setelah Maghrib pula beliau akan duduk di mihrab dan menghabiskan zikir serta wiridnya hingga waktu Isya. Setelah Isya beliau akan kembali ke kemahnya untuk makan malam. Setelah itu sebagian pelajarnya yang khas akan memperdengarkan kepada beliau hafalan al-Quran kepada beliau hingga jam 10 malam. Setelah itu beliau akan membaca kitab hingga waktu beliau tidur.
Begitulah jadwal kehidupan harian beliau selama puluhan tahun. Beliau telah memperuntukkan seluruh kehidupannya untuk berkhidmat kepada agama. Kepergian beliau adalah sebuah tamparan yang hebat bagi dunia keilmuan Islam. Sebuah kehilangan yang tidak mungkin akan ada penggantinya.
Maka telah keringlah sebuah wadi jernih di padang sahara syanqit, lalu tinggallah kami para musafir yang kehausan...
Post a Comment Blogger Disqus