Mistikus Cinta

0
Ketika Rasulullah saw usai di bekam bagian kepalanya lantas Rasulullah SAW memerintahkan seorang sahabat Sayyidina Abdullah ibn Zubair ra untuk membuang darah kotor Nabi SAW seraya berkata "buanglah darahku di satu tempat yang tidak dapat di ketahui oleh seorang pun lalu Sayyidina Abdullah ibn Zubair ra berlalu mengikuti perintah Nabi SAW tanpa menanyakan ini dan itu lantas di dalam hati sahabat Nabi SAW terbesit pikiran andaikan darah tersebut di ketemukan oleh orang lain walau pun dengan cara menggalinya pasti amatlah beruntung yang menemukannya dan dengan rasa penasaran di bukalah tempat di mana bekas darah Nabi SAW di letakkan. 

Subhanallah seketika itu juga terciumlah aroma wangi yang melebihi minyak kasturi dan tanpa pikir panjang lagi maka di bukalah kotak tersebut dan di masukkanlah darah tersebut ke mulut Sayyidina Abdullah ibn Zubair ra sangking senangnya kemudian ia kembali menemui Nabi SAW, sekembalinya beliau di hadapan Nabi SAW pun bertanya kepadanya: 

“Wahai Abdullah ibn Zubair ra apakah sudah kau buang bekas darahku? 

Maka saat itu juga Sayyidina Abdullah ibn Zubair ra menjawab sudah ya Rasulullah. 

Kau buang dimanakah darah tersebut dan apakah dapat kau jamin tidak ada seorang pun yang tau? 

Maka Sayyidina Abdullah ibn Zubair ra kembali menjelaskannya, saya jamin ya Rasulullah sebab darah tersebut hamba minum dan hamba telan ya Rasulullah karena hamba khawatir di ketemukan oleh orang lain. 

Maka Rasulullah SAW menjawab “demi Allah kelak nanti kau wafat api neraka takkan dapat menyentuhmu sedikit pun dan tanpa merasakan sakit badanmu sedikit pun....

Dari kisah di atas kita dapat berkesimpulan dan pastinya bertanya-tanya apakah tidak haram darah tersebut?
Jawabnya adalah TIDAK, baginda yang mulia Rasulullah SAW adalah makhluk yang paling suci di antara makhluk-makhluk ciptaannya hingga darah kotornya pun halal untuk di minum dan ini pun contoh dari keteladanan seorang sahabat yang begitu kecintaannya terhadap Nabi SAW banyak kisahkisah lainnya seperti air bekas wudhunya Rasulullah SAW tidaklah pernah jatuh hingga ke tanah sebab air tersebut di tunggui sahabat-sahabat beliau, Subhanallah...

Sholu Alan Nabi Muhammad SAW..... 

Sumber:
Tausiyah Al habib Alwi Bin Usman Bin Yahya pada peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW Dan Peringatan Khoul Al Habib Abubakar Bin Hamid Al Aidid di Pengasinan Bekasi Timur.


Rujukan Kisah Di Atas:

Para sahabat yang merupakan generasi yang paling memahami Islam dan hukum-hukumnya bertabarruk dengan sisa-sisa tubuh nabi SAW yang mulia itu dan tidak pula dilarang oleh Nabi SAW.

Khabar mengenai Abdullah ibn Zubair

Daripada 'Amir ibn Abdullah ibn Zubair mengisahkan ayahnya pernah menceritakan kepadanya bahawa dia pernah datang kepada nabi ketika baginda sedang dibekam.

Setelah selesai dibekam, Baginda SAW bersabda: "Wahai Abdullah (ibn Zubair)! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di tempat yang tidak seorang pun dapat melihat kamu."

Setelah meninggalkan Rasulullah SAW, dia mengambil darah itu, lalu meminumnya. Apabila kembali semula, Rasulullah SAW bertanya: "Apakah yang telah kamu lakukan dengan darah itu?" Dia menjawab: "Aku telah sorokkannya di tempat yang sangat tersorok, yang aku tahu ia sememangnya tersembunyi daripada orang ramai."

Baginda SAW bersabda: "Boleh jadi engkau telah meminumnya?" Dia menjawab: "Ya".

Nabi SAW bersabda: "Kenapa kamu minum darah itu? Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia." (riwayat Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah dan oleh Al-Haithami dalam Majma')

Abu Musa mengatakan bahawa Abu 'Asim berkata: "Mereka (para sahabat) berpendapat bahawa kekuatan yang terdapat pada Abdullah ibn Zubair itu disebabkan keberkatan darah tersebut."

Dalam riwayat Imam al Dar Qutni daripada hadis Asma' binti Abu Bakar juga seperti itu. Dalam hadis tersebut dinyatakan: "Dan kamu tidak akan disentuh api neraka".

Dalam kitab al Jauhar al-Maknun fi Zikr al-Qaba'il wa al-Butun disebutkan, bahawa setelah Abdullah ibn Zubair meminum darah Rasulullah SAW, meruap bau wangi kasturi daripada mulut Ibnu Zubair dan bau itu kekal di mulutnya sehingga dia disalib (syahid). (Dalam Al-Mawahib, al-Quatallani, 1:284)

Khabar daripada Safinah

Imam Tabrani meriwayatkan daripada Safinah r.a katanya: Suatu ketika, Nabi Muhammad SAW berbekam. Setelah itu, baginda bersabda: "Ambillah darah ini dan tanamlah ia daripada (dilihat) oleh binatang, burung dan manusia". Lalu, aku pun menyembunyikannya dan meminumnya. Kemudian, aku memberitahu hal itu kepada Rasulullah SAW, maka baginda pun ketawa. (Al-Haithami dalam Majma' mengatakan bahawa rijal Al-Tabrani adalah thiqah. 8:270)

Khabar Malik ibn Sinan

Dalam Sunan Sa'id ibn Mansur melalui jalan 'Amru ibn Sa'ib disebut: "Telah sampai berita kepadanya bahawa Malik ibn Sinan r.a, bapa Abu Sa'id al Khudri, tatkala muka Nabi Muhammad SAW luka dalam peperangan Uhud, dia menghisap darah baginda SAW sampai bersih dan nampak putih bekas lukanya."

Nabi SAW bersabda: "Muntahkan darah itu!" Malik r.a menjawab: "Aku tidak akan memuntahkannya selama-lamanya." Bahkan, dia menelannya.

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ingin melihat seorang dari ahli syurga, maka lihatlah kepada orang ini." Ternyata, dia gugur syahid dalam peperangan Uhud.

Imam Tabrani juga meriwayatkan hadis seperti itu. Antara lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mencampurkan darahku dengan darahnya, nescaya tidak akan disentuh api neraka". (Al-Haithami mengukuhkan hadis ini dalam Majma'nya, 8:270)

Pembekam lain yang minum darah nabi

Ibnu Hibban meriwayatkan dalam al-Dhu'afa', daripada Ibnu Abbas beliau berkata: "Nabi SAW pernah dibekam oleh seorang pemuda dari bangsa Quraisy. Setelah selesai dibekam, dia mengambil darah baginda SAW lalu membawanya ke balik dinding. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri, tiada seorang pun yang kelihatan. Lalu dia menghisap darah itu hingga habis. Kemudian dia menghadap Nabi SAW."

Baginda memerhatikan wajahnya, lalu bersabda: "Celakalah engkau. Apakah yang telah engkau lakukan dengan darah itu?" Dia menjawab: "Aku menyorokkannya di belakang dinding." Nabi SAW bertanya: "Di manakah engkau menyoroknya?" Dia menjawab: "Wahai Rasulullah! Aku tidak suka jika darahmu itu aku tumpahkan ke bumi. Sebenarnya darahmu itu ada di dalam perutku." Rasulullah SAW bersabda: "Pergilah. Engkau telah memelihara dirimu daripada api neraka." (Al-Qustallani, al-Mawahib al-Laduniyyah,1:284)

Hadis mengenai Barakah, pembantu Ummu Habibah r.a

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar: "Telah meriwayatkan Abdul Razzaq daripada Ibnu Juraij, beliau berkata: Aku diberitahu bahawa nabi pernah buang air kecil ke dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada tembikar. Kemudian, baginda meletakkannya di bawah katilnya."

Apabila baginda hendak mengambilnya kembali, ternyata bekas itu tidak mengandungi apa-apa. Rasulullah SAW bertanya kepada seorang perempuan yang bernama Barakah, pembantu Ummu Habibah yang datang bersamanya dari Habsyah: "Di manakah air kencing di dalam bekas itu?" Dia menjawab: "Aku telah meminumnya."

Rasulullah SAW bersabda: "Semoga engkau beroleh kesihatan, wahai Ummu Yusuf!" Dia memang digelar dengan gelaran Ummu Yusuf. Selepas peristiwa itu, dia tidak pernah sakit, kecuali sakit yang mengakibatkan kematiannya. (Ibnu Hajar, al-Talkhis al Habir fi Takhrij Ahadith al-Syarh al-Kabir, (2: 32))

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasaei secara ringkas. Berkata al Hafiz al-Suyuti: "Ibnu Abdul Bar telah menyempurnakan penulisan hadis ini di dalam al-Isti'ab." Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW bertanya Barakah tentang air kencing yang terdapat di dalam bekas tersebut. Lalu Barakah berkata: "Aku telah meminumnya, wahai Rasulullah!" Seperti yang disebut oleh hadis. (Al-Suyuti, Sharh Sunan Al-Nasai, 1:32).


Jangan lupa dukung Mistikus Channel Official Youtube Mistikus Blog dengan cara LIKE, SHARE, SUBSCRIBE:




Anda sedang membaca Kecintaan Sayyidina Abdullah Ibn Zubair ra. Kepada Nabi SAW | Silahkan Like & Follow :
| | LIKE, SHARE, SUBSCRIBE Mistikus Channel
| Kajian Sufi / Tasawuf melalui Ensiklopedia Sufi Nusantara, klik: SUFIPEDIA.Terima kasih.
Sudah berapa lama Anda menahan rindu untuk berangkat ke Baitullah? Melihat Ka’bah langsung dalam jarak dekat dan berkesempatan berziarah ke makam Rasulullah. Untuk menjawab kerinduan Anda, silahkan klik Instagram | Facebook.

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top