Sayyid Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz Al-Maliki Al-Hasani merupakan salah seorang ulama Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelosok dunia telah mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jabatan penting agama di negara masing-masing.
Beliau selalu menggunakan pakaian yang berlainan dengan ulama yang berada di sekitarnya. Dia selalu mengenakan jubbah, serban (imamah) dan burdah atau rida yang biasa digunakan dan dikenakan Asyraf Makkah. Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada Sayyid Alawi. Dilahirkan di rumah al-Maliki berdekatan Bab as-Salam.
Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 1328 H, menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun dan menjadi imam sholat tarawih di Masjidil Haram.
Sayyid Alawy Ibn Abbas Al Maliky, nasab beliau bersambung kepada Sayyid Idris Azhar, seorang raja di Maroko yang memiliki kerajaan yang bernama Idrisiyah. Sayyid Idris Azhar sendiri sudah menjadi raja semenjak usia beliau sangat belia yakni umur 11 tahun. Pada era kepemimpinannya, ada tradisi menjadikan anak kecil sebagai imam shalat tarawih, sebab pada umumnya anak-anak telah selesai mengkhatamkan tahfizh al-Qur'an di usia 10 tahun.
Buah jatuh tak jauh dari pohonnya. Sang cucu, Sayyid Alawy dari semenjak belia telah menjadi dewan pengajar di Masjidil Haram. Ia mendapatkan julukan Ashghorul Mudarrisin fil Harom. Tidak main-main yang hadir dalam majlis beliau lebih dari 1000 orang. Sementara setiap hari ia bisa menggelar majlis ilmu hingga 30 macam kitab. Ia adalah sosok Murobby agung yang dikenal disiplin dan istiqomah, bahkan banyak orang yang mengatakan, gurunya lebih disiplin ketimbang muridnya. Di tiap ta'limnya, mesti ditemukan satu cerita penghilang kantuk dan membuat murid-muridnya pulang menyisakan senyum menawan.
Ia pun adalah sosok yang sangat ahli dalam menggubah syair, dalam satu peristiwa beliau akan langsung bersyair tanpa pikir panjang terlebih dahulu. Ia juga lihai dalam mengadakan rekonsiliasi antar dua orang yang sedang terlibat konflik.
Disaat Abuya al Maliki, putranya sedang menempuh studi di Mesir, beliau tak gengsi meminta doa kepada para muridnya teruntuk kesuksesan putranya. Sebuah kerendah-hatian yang elegan.
Meskipun beliau sedang tidak memungkinkan ta'lim, beliau masih bersikeras menghadiri ta'lim dengan niat isytifa', berharap semoga disembuhkan dan meraih berkah majelis ilmu.
Semoga kita bisa meneladani beliau dan mendapatkan keberkahan dan ilmu beliau.
Post a Comment Blogger Disqus
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.