Kalian juga mesti tahu bahwa hubungan di antara Shaykh dan pengikutnya adalah hubungan yang sangat halus yang perlu dipertahankan dengan penuh hati-hati. Ia adalah persetujuan yang serius di antara Shaykh dan pengikutnya dan melibatkan tanggung jawab di kedua-dua belah pihak. Ya, pada permulaannya adalah mudah untuk mengucapkan, "Wahai Shaykhku, aku menerima dan menyerahkan kehendakku kepada kehendakmu." Shaykh akan menjawab, "Ya, aku menerimamu." Itu bagian yang mudah; tetapi Para Grandshaykh telah diperintahkan untuk menguji para pengikutnya untuk memastikan sama ada mereka boleh dipercayai atau tidak.
Selama 40 tahun saya telah mengikuti jalan Grandshaykh saya, berusaha untuk menyerahkan kehendak saya kepada kehendaknya, tetapi ia sangat sukar! Terlalu banyak kali beliau menguji saya, tetapi melalui kekuatan ruhaninya beliau menyampaikan ilmu yang mendalam kepada saya dan memelihara saya daripada gagal. Saya ingat satu daripada ujian-ujian besarnya. Satu hari, hampir dengan permulaan latihan saya, saya bersama dengan Grandshaykh bila beliau berkata, "Wahai Shaykh Nazim, jika engkau terperasan dalam tingkah lakuku ada sesuatu yang bertentangan dengan hukum lahiriyah atau amalan yang telah dibentuk dalam Islam, tolong beritahu kepada aku secara peribadi secepat yang mungkin apabila engkau ada peluang. Ini adalah keperluan memandangkan aku adalah seorang yang buta huruf dan engkau adalah seorang ulama yang alim. Jadi, aku akan menghargai jika engkau melakukan khidmat ini, kerana aku harap dapat memastikan dengan sempurna semua hukum-hakam dan amalan.
Dengan pantas Bantuan Ilahiyah sampai kepada saya untuk menghalang saya daripada gagal dalam ujian ini, dan saya berkata, " Wahai Guruku, aku memohon agar Allah mengampuniku. Dia sangat tahu bahawa aku datang ke sini untuk belajar, bukan untuk mengajar. Engkau adalah Shaykhku, dan aku bukan Shaykhmu." Grandshaykh sangat senang dengan jawapan ini. Itu merupakan ujian pertamanya kepada saya, dan penting.
Adakah kamu memandang rendah kepada Shaykh kamu? Adakah kamu melantik dirimu sendiri sebagai "Inspektor kepada Shaykh"? Seolah-olah kamu semua adalah "Inspektor kepada Shaykh", "Pembimbing kepada Shaykh", dan "Pembetul kepada Shaykh." Apakah hasilnya? Kamu tetap di tahap kamu dan Shaykh terus ke hadapan menuju matlamatnya di Hadhrat Ilahi. Kereta api ini akan terus berjalan; sesiapa yang telah menaikinya boleh terhubung dengan Shaykh, boleh menemaninya melalui semua tahapan dalam Hadhrat Ilahi. Namun sesiapa yang membangkang terhadap kereta api ini, atau juruteranya, para penumpangnya, prasarananya, dan sebagainya, maka boleh turun dan cari kenderaan yang lain, kerana kereta api ini tidak membawa banduan; tiada sesiapa yang menaikinya dengan paksaan atau menentang keinginannya. Tidak juga juruteranya mengizinkan kereta api ini dirampas atau memerintahnya mengubah arah daripada landasannya atau berhenti di atas jalannya. Kereta api ini tiba di sebuah stesen. Sesetengah manusia menaikinya dan sesetengahnya lagi turun; lalu kereta api ini meneruskan perjalanan tanpa menangguhnya.
Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani, Mercy Oceans; Pink Pearls.
Post a Comment Blogger Disqus