Kisah ini bermula ketika di saat-saat akhir taktala sudah sampai masa Sayidatina Khadijah, isteri pertama Rasulullah s.a.w menghadap Allah, tiada lain yang diungkapkan oleh Sayidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi, "Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini."
Ternyata, kata-kata terakhir Sayidatina Khadijah ini menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu. Hal tersebut turut dirasakan bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut. Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya, "Adakah Allah mendengar kata-kata Sayidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab, "Bukan hanya kata-katanya saja yang Aku dengar, malah bisikannya juga, "Lantas Allah berpesan kepada Jibril untuk menyampaikan salam buat Sayidatina Khadijah, wanita yang banyak menyumbangkan hartanya untuk menegakkan syiar Islam.
Jibril turun dan memberitahu Rasulullah s.a.w akan hal tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w menyampaikan salam tersebut kepada isterinya yang tercinta itu. Sebaik menerima salam tersebut, maka Sayidatina Khadijah lalu menjawab, sambil melafadzkan bacaan yang begitu masyhur yang sering dibaca selepas shalat yang berbunyi, "Allahumma antas salam-waminkas salam, Wa ilaika ya u'udus salam, Fahyyina rabbana bissalam, Tabaa rakta rabbana wa ta 'aalaita ya dzal jalaali wal ikram. (Ya Allah, Engkaulah kesejahteraan, dariMu lah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga negeri kesejahteraan. Maha Mulia Engkau Ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan)
Hadits ‘Irbaadl bin Sariyyah radliyallaahu ‘anhu di atas menyebutkan beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam berbalik menghadap sahabat dan menasihati mereka seusai shalat. Telah diketahui tidaklah beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam mengakhiri shalatnya kecuali setelah membaca istighfar dan dzikir allahumma antas-salaam sebagaimana hadits-hadits di awal. Oleh karena itu, hadits ini memberitahukan kepada kita waktu bacaan dzikir allahumma antas-salaam... dst. itu adalah sebelum beliau berpaling menghadap makmum.
Post a Comment Blogger Disqus