Mistikus Cinta

0
Maulana Umar Palanpuri
Seluruh Indopak, juga hampir di seluruh dunia mengenali siapa itu Maulana Umar Palanpuri rah. Beliau dikenali sebagai “Suara Emas Dalam Kerja Dakwah” (Golden Voice of Dakwah Work).

Apabila paham berkenaan dengan sistem Zakat yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadits Nabi gagal dilaksanakan. Akhirnya golongan miskin terpinggir dan seterusnya paham ini mulai berlaku. Beliau mengulas begitu panjang lebar hingga tidak disangka bahwa maulana yang begitu sibuk dengan ilmu agama dan madrasah begitu arif dengan sistem politik pada zamannya serta begitu mahir dengan berbagai idologi yang berkembang akhir-akhir ini.

Di dalam bayan beliau, beliau begitu yakin dengan kedatangan tamu rombongan jemaah pertama dari Russia itu menjadi titik permulaan perkembangan dan kebangkitan Islam di negara berkenaan. Beliau bersumpah dengan nama Allah swt bahwa Russia (USSR) akan berpecah satu persatu setelah dua tahun dari sekarang. Kata-kata beliau mengejutkan banyak hadirin yang hadir. Ternyata setelah dua tahun kata-kata beliau benar-benar menjadi kenyataan. Satu persatu Negara Kesatuan Russia telah terpecah. Cechnya, Yogoslavia, Cekoslovakia, Bosnia, Serbia, Angustia, Balarus dan lain-lain. Kata-kata beliau dua tahun setelah itu benar-benar terjadi.

Terkadang bila beliau membaca potongan ayat-ayat Quran, irama suaranya begitu sayu menahan sesak yang pastinya akan menyentuh perasaan siapa saja yang mendengar. Terkadang juga bila beliau menceritakan kisah Asyash yang beliau nukilkan dari kitab “Maarif e Mathnawi” karangan Maulana Hakim Muhammad Akhtar serta tafsir oleh Syeikh Jalaluddin Rumi, beliau akan menangis sambil menahan sesak. Hadirin juga akan turut menangis termasuk jemaah luar negara, Eropa, Amerika serta juga dari beberapa Negara Arab meski pun bayan di dalam bahasa Urdu dan diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.

Bayannya cukup memberi kesan di dalam hati hadirin yang mendengarnya. Ada beberapa orang tamu luar negara yang datang ke Markaz Nizamuddin tersebut semata-mata ingin menanyakan sesuatu berkaitan Jemaah Tabligh, namun apabila selesai mendengar bayan dari beliau, jawaban persolan berkenaan akan terjawab di dalam bayan tersebut. Ini diakui oleh banyak tamu yang datang ke Markaz Nizamuddin.

Mengikuti maklumat yang diterima, bahwa beliau semasa kecil dipelihara dan dididik oleh ibunya yang terkenal sabagai saorang wanita yang solehah ketika itu. Ketika masih kecil beliau menunjukkan tanda-tanda kecerdikkan yang mana dengan kecerdikan tersebut membuat bapa saudaranya menyekolahkannya mengikuti pendidikan sekular yang ada ketika itu. Namun sebaliknya ibunya yang solehah itu berkeinginan anaknya itu diasuh dengan pengajian dan pendidikan agama yang akhirnya inilah yang terjadi kepada maulana.

Ketika masih umur kanak-kanak beliau telah menghafal Al-Quran dan ketika remaja beliau seterusnya melanjutkan pelajaran agamanya di Darul Ulum Deoband yang berhasil mendapat keputusan yang cermelang sehingga mengagumkan guru-guru beliau. Meski pun begitu di dalam bidang kerohanian, beliau menjadikan Syeikhul Hadits Maulana Zakaria Al-Kandalawi rah sebagai Syeikh Khalifah beliau.

Seringkali di dalam bayan beliau, takkala beliau menceritakan mengenai sejarah silam beliau, beliau akan menceritakan bagaimana apabila pulang dari madrasah ibunya akan meminta beliau menceritakan apa ilmu yang beliau dapat di madrasah. Ibunya akan memberi perhatian kepada beliau serta berkata, ”Sekarang ini tidak ada yang mendengar melainkan ibu saja namun ibu berdoa suatu hari nanti kamu akan saksikan bahwa ribuan orang akan mendengar apa yang kamu ucapkan.” Bila beliau menceritakan kisah ini, beliau akan menangis terisak-isak di hadapan ribuan dan jutaan manusia yang mendengar bayan beliau. Doa ibu beliau telah dikabulkan.

Pada 21 Mei 1997 jam 1.30 petang bersamaan hari Rabu, beliau telah dipanggil oleh Allah swt pulang ke rahmatullah di Nizamuddin, India. Terjadi setelah beliau beserta beberapa orang elders Nizamuddin berkeliling ke Ijtimak Agra dan di dalam perjalanan, beliau telah jatuh sakit serta pulang kembali ke Delhi. Kemudian beliau dimasukan ke rumah sakit dan telah dibolehkan pulang namun setelah itu beliau diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Sekitar 80an dan awal 90an beliau begitu menyukai jemaah dari Malaysia serta akan menyapa serta bersarapan pagi bersama jemaah dari Malayisa. Kesukaan beliau dengan jemaah Malaysia karena ketika itu kebanyakkan yang datang ke markaz Nizamuddin adalah muda-muda saja.

Pengorbanan beliau terhadap agama memberi manfaat yang banyak kepada banyak manusia yang datang ke Nizamuddin, India.

Semoga Allah swt mencerahkan tempat istirahat beliau dan menerima pengorbanan beliau.



Jangan lupa dukung Mistikus Channel Official Youtube Mistikus Blog dengan cara LIKE, SHARE, SUBSCRIBE:




Anda sedang membaca Maulana Umar Palanpuri | Silahkan Like & Follow :
| | LIKE, SHARE, SUBSCRIBE Mistikus Channel
| Kajian Sufi / Tasawuf melalui Ensiklopedia Sufi Nusantara, klik: SUFIPEDIA.Terima kasih.
Sudah berapa lama Anda menahan rindu untuk berangkat ke Baitullah? Melihat Ka’bah langsung dalam jarak dekat dan berkesempatan berziarah ke makam Rasulullah. Untuk menjawab kerinduan Anda, silahkan klik Instagram | Facebook.

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top