Imam al-Syafi`i lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150 H/767 M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris al-Syafi‘i. Beliau mempunyai pertalian darah Quraish dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Mekah untuk ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana menuntut ilmu. Di Mekah al-Syafi‘i memulai berguru kepada Muslim bin Khalid al-Zanji, mufti Kota Mekah ketika itu.
Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi al-Syafi‘i, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding antara dua ajaran Islam, iaitu ajaran Malik bin Anas dan ajaran Abu Hanifah. Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha' karangan Malik bin Anas dan al-Syafi‘i dalam usia mudanya 15 tahun telah menghafal keseluruhan kitab tersebut. al-Syafi‘i kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru dengan penulis kitab itu sendiri. Ketika itu al-Syafi‘i berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Malik hingga kematiannya pada tahun 179 H/796 M. Ketokohan al-Syafi‘i sebagai murid terpintar Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Al-Syafi‘i mengambil alih sebentar kedudukan Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi sehingga beliau ditawarkan kedudukan pejabat oleh Gubernur Yaman. Jabatan al-Syafi‘i di Yaman tidak lama karena beliau telah difitnah sebagai pengikut Mazhab Syi‘ah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehingga beliau dirantai dan dimasukkan ke penjara Baghdad, pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.
Dibawa menghadap ke Khalifah Harun al-Rashid dan beliau berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecakapan al-Syafi‘i membela dirinya dengan pelbagai hujah agama menyebabkan Harun tertarik kepadanya. al-Syafi‘i dibebaskan dan dibiarkan bermukim di Baghdad. Di sini al-Syafi‘i telah berkenalan dengan anak murid Abu Hanifah dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi al-Syafi‘i, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membandingkan antara dua ajaran Islam ajaran Malik bin Anas dan ajaran Abu Hanifah.
Pada tahun 188 H/804 M, al-Syafi‘i berhijrah ke Mesir. Sebelum itu beliau singgah sebentar di Mekah dan di sana beliau diberi penghormatan dan dipercaya memberi kelas pengajian. al-Syafi'i kini mula diiktiraf sebagai seorang imam dan beliau banyak meluahkan usaha untuk coba menutup jurang perbedaan antara ajaran Malik bin Anas dan Abu Hanifah. Usahanya ini tidak disambut baik oleh penduduk Mekah karena kebiasaan mereka kepada ajaran Malik.
Pada tahun 194 H/810 M, al-Syafi‘i kembali ke Baghdad dan beliau dipecaya untuk memegang jabatan qadi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. al-Syafi‘i kemudian kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana. Daud bin Ali pernah ditanya akan kelebihan al-Syafi‘i dibanding tokoh-tokoh lain ketika itu, maka beliau menjawab:
al-Syafi‘i mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Dia seorang bangsawan, dia mempunyai agama dan i'tiqad yang benar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadis sahih dan hadits daif, nasikh, mansukh, menghafal al-Qur'an dan Hadits, perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidun dan amat pandai mengarang.
Dalam usahanya untuk mencoba menutup jurang perbedaan antara ajaran Malik bin Anas dan Abu Hanifah, al-Syafi‘i menghadapi banyak tentangan dari pengikut-pengikut Mazhab Maliki yang taksub kepada guru mereka. Pada satu malam dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, al-Syafi'i telah dipukul hingga menyebabkan kematiannya. Pada saat itu al-Syafi‘i juga sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.
al-Syafi‘i meninggal dunia pada 29 Rajab tahun 204 H/820 M di Mesir. Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul al-Risala. Kitab ini adalah yang paling awal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum dari sebuah nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Selain itu al-Syafi‘i juga meninggalkan kitab fiqhnya yang masyhur berjudul al-Umm. Ajaran al-Syafi‘i diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yakub al-Buwayti (231 H/846 M), Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270 H/884 M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274 H/888 M).

Post a Comment Blogger Disqus