Mistikus Cinta

0

PENYUCIAN kesemua Sepuluh Lataif Insan ini di lakukan dalam 7 langkah atau peringkat.
  1. Peringkat pertama penyucian Latifah Qalb.
  2. Peringkat kedua penyucian Latifah Ruh.
  3. Peringkat ketiga penyucian Latifah Sirr.
  4. Peringkat keempat penyucian Latifah Khafi.
  5. Peringkat kelima penyucian Latifah Akhfa.
  6. Peringkat keenam penyucian Latifah Nafs.
  7. Peringkat ketujuh adalah penyucian Latifah Qalibiyah
Qalibiyah yaitu Empat Anasir merangkumi Angin, Api, Air dan Tanah. Penyucian Latifah pertama hingga keenam adalah berzikir pada kedudukan masing-masing seperti yang telah dijelaskan, manakala penyucian Latifah yang ketujuh yaitu Latifah Qalibiyah dengan berdzikir pada setiap darah, jisim dan rambut pada seluruh bagian tubuh badan kita yang merangkumi kesemua Sepuluh Latifah.

1. Tanah
    KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh badan. Jasad jasmani Hadhrat Nabi Adam‘Alaihissalam telah dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala daripada tanah. Begitulah juga kepada sekalian anak cucu Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam kesemuanya kembali dikebumikan ke dalam tanah. Adapun sifat-sifat Tanah itu ada dalam diri manusia seperti kerendahan hati dan merendahkan diri, kehormatan, ringkas dan mudah terbentuk. 

    Terdapat berbaga jenis sifat tanah yaitu ada yang subur apabila menerima air hujan serta menumbuhkan rumput, ada tanah yang keras dan menakungkan air untuk manfaat makhluk yang lain dan ada jenis tanah yang keras tidak menakungkan air serta tidak menumbuhkan rumput. Begitulah diibaratkan kepada orang yang menerima limpahan ilmu dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ada yang mendapat manfaat darinya dan ada yang memanfaatkannya kepada orang lain dan ada yang tidak memanfaatkannya untuk dirinya maupun kepada orang lain. 

    Sifat Tanah adalah mudah dibentukkan kepada sebarang bentuk, bijaksana, berperingkat, kejahilan, kejahatan, kegelapan dan kelemahan.

2. Air
    KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh badan. Jasad sekalian manusia adalah dari Air dan ciri-ciri air itu ada pada manusia seperti air mata, air liur, air ingus, air peluh, air mani, air najis dan darah. 

    Air sifatnya mengalir dan begitulah sifatnya dalam masyarakat, bergerak ke sana dan ke mari seperti air. Ada sifat air yang jernih dan ada yang sifatnya seperti susu. 

    Manusia juga mudah menuruti hawa nafsu yang jahat dan ada yang boleh menerima perubahan dan mengubah masyarakat. Ia juga bersifat pelupa dan cenderung kepada tidur.

3. Api
    KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh badan. Api merupakan suatu unsur yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala gunakan untuk menjadikan Syaitan dan Syaitan adalah dari golongan Jin dan mereka adalah dari Api. 

    Unsur Api juga Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan kepada manusia dan ini dapat dilihat pada ciri-ciri dzahirnya yaitu pembakaran makanan di dalam perut bagi menghasilkan penghadaman, panas badan dan demam. 

    Unsur Api yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan adalah bersifat halus dan ada terkandung sifat-sifat kesyaitanan dan Jin dalam diri manusia seperti kemarahan, bangga diri, bongkak dan takabbur.

4. Angin (udara)
    KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh badan manusia. Angin sifatnya halus dan tidak kelihatan. Angin yang besar dapat mengubah keadaan sesuatu tempat dan ia boleh bergerak ke mana-mana. Unsur Angin terdapat pada diri manusia secara dzahirnya dapat kita perhatikan menerusi pernafasan keluar dan masuknya udara melalui hidung dan mulut. Udara Oksigen yang dihirup masuk ke dalam paru-paru akan dibagi-bagikan ke setiap bagian tubuh badan. 

    Angin juga dapat kita rasakan melalui dubur ketika telah sempurnanya penghadaman. Sifat Angin pada manusia adalah halus karena ia menampilkan keinginan hawa nafsu yang tidak terbatas dan kecenderungannya menuruti hawa nafsu. 

    Adakalanya ia didzahirkan menerusi kesedihan dan dukacita dan adakalanya terdzahir menerusi keinginannya untuk berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat sepertimana angin yang bertiup dari suatu tempat ke suatu tempat.

Jangan lupa dukung Mistikus Channel Official Youtube Mistikus Blog dengan cara LIKE, SHARE, SUBSCRIBE:




Anda sedang membaca 7 Langkah Penyucian Diri | Silahkan Like & Follow :
| | LIKE, SHARE, SUBSCRIBE Mistikus Channel
| Kajian Sufi / Tasawuf melalui Ensiklopedia Sufi Nusantara, klik: SUFIPEDIA.Terima kasih.
Sudah berapa lama Anda menahan rindu untuk berangkat ke Baitullah? Melihat Ka’bah langsung dalam jarak dekat dan berkesempatan berziarah ke makam Rasulullah. Untuk menjawab kerinduan Anda, silahkan klik Instagram | Facebook.

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top