Mistikus Cinta

1
Abu Mansur Al Hallaj Adalah Martir Di Jalan Sufi
Abu Al-Mughits Hussein Bin Mansur Al Hallaj atau lebih dikenali sebagai Al Hallaj, telah menulis sebuah kitab tasawuf yang masyhur Ana Al Haqq (Akulah Yang Benar). Ungkapan Ana Al Haqq (Akulah Yang Benar) ini jugalah yang telah membawa Al Hallaj ke tiang salib, dihukum mati dihadapan ribuan manusia oleh Khalifah ketika itu.

Khalifah memerintahkan supaya Abu Al-Mughits Hussein dirajam dengan batu oleh banyak orang yang ada disitu. Beliau tahan semua itu. Tetapi ketika Abu Bakar Al Syiibli (sufi besar seangkatan dengannya) melemparnya dengan bunga, beliau menjerit. Apabila ditanya mengapa beliau berkelakuan ganjil seperti itu, beliau menjawab, "Orang yang merajam aku dengan batu itu adalah jahil. Oleh karena itu aku tak peduli. Tetapi apabila Al Syibli melempar aku dengan bunga, dia tidak boleh dimaafkan karena dia orang berilmu".

Setelah dirajam diatas tiang salib, kedua tangan Abu Al-Mughits Hussein dipotong. Beliau tersenyum. Ketika ditanya kenapa tersenyum sedang kedua tangannya telah putus dipotong, beliau menjawab, "Mereka telah memotong tangan dzahirku. Tetapi tangan batinku berpegang teguh kepada Allah dan mereka tidak dapat memotong tangan batinku itu"

Melihat keadaannya seperti tidak merasa sedang kesakitan, kedua kakinya pun dipotong. Beliau tersenyum lagi sambil berkata "Mereka telah memotong kaki dzahirku. Tetapi mereka tidak dapat memotong kaki batinku, dan sekarang dengan kaki batinku ini aku dapat mengembara di dalam dua alam".

Abu Al-Mughits Hussein menyapu mukanya dengan tangan yang buntung dan berdarah itu lalu berkata, "Hari ini aku merasa gembira karena bedak orang-orang syahid telah disapu ke mukaku".

Kemudia beliau berada dalam keadaan seperti orang sedang shalat, dan pada saat kedua matanya dicungkil dan lidahnya dipotong. Akhirnya kepalanya dipenggal. Sebelum lidah dan kepalanya dipotong, beliau berdoa, "Ya Allah!, aku bersyukur kapada Mu karena Engkau telah memberi aku tahan dan sabar hingga bercerai nyawa dari badan. Kau karuniakanlah juga kapada kepada orang-orang yang menghukumku dan mereka yang hadir". Beliau terus berkata, "Bersahabat dengan Yang Maha Esa itu memencilkan kamu dengan yang lain dan membuat kamu luar biasa".

Pada saat kepalanya dipenggal, beliau tertawa. Pada saat nyawanya bercerai dari badannya. Semua anggota badannya yang terpotong itu menjerit : Ana al Haqq!" (Akulah Haq). Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan supaya anggota badan yang terpotong itu dibakar, setelah dibakar abu itu pun menjerit juga "Ana al Haqq!". Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan pula supaya abu itu dibuang ke sungai Dajlah, dan abu itu membentuk tulisan "Ana al Haqq" diatas permukaan sungai. Air sungai langsung berbuih dan air mula melimpah.

Abu Al-Mughits Hussein semasa hidupnya telah mengetahui jika beliau akan dihukum sedemikian rupa dan mengetahui bahwa air sungai Dajlah akan melimpah dan bisa menyebabkan banjir besar. Beliau telah berpesan supaya pakaiannya diletakkan diatas permukaan sungai tersebut. Dengan itu air akan surut dan terpeliharalah kota Baghdad dari banjir besar.

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani pernah berkata, "Sekiranya aku hidup dizaman Abu Al-Mughits Hussein akan ku pertahankan beliau dari dihukum dengan tanganku sendiri".


Dipetik dari kitab: Tazkiratul Auliya' oleh Syeikh Fariduddin Attar

Jangan lupa dukung Mistikus Channel Official Youtube Mistikus Blog dengan cara LIKE, SHARE, SUBSCRIBE:




Anda sedang membaca Abu Mansur Al Hallaj Adalah Martir Di Jalan Sufi | Silahkan Like & Follow :
| | LIKE, SHARE, SUBSCRIBE Mistikus Channel
| Kajian Sufi / Tasawuf melalui Ensiklopedia Sufi Nusantara, klik: SUFIPEDIA.Terima kasih.
Sudah berapa lama Anda menahan rindu untuk berangkat ke Baitullah? Melihat Ka’bah langsung dalam jarak dekat dan berkesempatan berziarah ke makam Rasulullah. Untuk menjawab kerinduan Anda, silahkan klik Instagram | Facebook.

Post a Comment Blogger Disqus

  1. Apakah artinya Syeikh Abdul Qodir menyetujui tasawuf versi Al Hallaj? Mohon penjelasan. Terima kasih.

    ReplyDelete

 
Top