Mistikus Cinta

0
Kelahiran Dan Kehidupan Beliau

Beliau keturunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.

Latar Belakang Pendidikan Beliau

Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun. Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormatan dari Universitas Islam Lubnan pada tahun 1991.

Guru-Guru Beliau

Beliau mengambil tarbiah Sufiyah secara khusus dari As-Sheikh Al-Mursyid Sidi Abdul Qadir Isa r.a. yang merupakan mursyid Tarikat As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah. Setelah dilihat kelayakan Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani, dalam memikul tugas sebagai mursyid, maka Sidi Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. memberi izin wirid ‘am dan khas tarikat As-Syazuliyah dan izin irsyad dan tarbiah kepada beliau. Sheikh Yusuf merupakan khalifah Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. yang termuda dari kalangan keempat-empat khalifah beliau. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani pernah dibawa oleh Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. untuk bertemu dengan guru beliau sendiri iaitu Sheikh Muhammad Al-Hasyimi. Sheikh Muhammad Al-Hasyimi turut memberi izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah kepada Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani r.a.

Sheikhuna Yusuf Al-Hasani bersahabat dengan Sheikh Abdul Qadir Isa hingga akhir hayat Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Setelah wafatnya Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikhuna Yusuf juga turut mencari mursyid lain sebagai tabarruk dan merasakan diri masih lagi memerlukan tarbiah dari seorang mursyid, walaupun pada waktu itu, beliau sudah mendapat izin sebagai seorang mursyid. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai’ah tabarruk dari Sheikh Sa’duddin Murod, yang merupakan khalifah utama Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Sheikh Sa’duddin Murod turut memberikan kepada Shiekh Yusuf Al-Hasani izin tarbiah khalwah dan izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah.

Bukan sekadar itu saja, malah Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani turut menemui Sheikh Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf untuk mengambil bai’ah tarikat dari beliau seterusnya menjadi murid beliau. Sheikh Abdul Qadir As-Saggaf lantas memberi kepada Sheikhuna Yusuf Al-Hasani, izin irsyad tarikat As-Syazuliyah, karena melihat keahlian yang dimiliki oleh Sheikhuna Yusuf. Di samping itu juga, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai’ah tarikat dari beberapa mursyid tarikat berlainan lantaran itu, turut menerima izin irsyad dari mursyid-mursyid tarikat tersebut. Antara mursyid-mursyd tersebut adalah:
  1. Sheikh Soleh Farfur (tarikat As-Syazuliyah juga)
  2. Sheikh Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi Al-Maliki (tarikat Alawiyah)
  3. Sheikh Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi (tarikat An-Naqsyabandiyah)
  4. Sheikh Muhammad Na’im Al-Jailani Al-Asyarafi (tarikat Al-Qadiriyah)
  5. Sheikh Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (tarikat Asyirah Muhammadyah)
  6. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani juga meriwayatkan hadits-hadits musalsal dan sanad-sanad hadits dan ilmu agama secara umum dari Sheikh Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki r.a. dan Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim.
Aktivitas-Aktivitas Beliau:
  • Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 hingga kini. 
  • Pensyarah di Universitas Islam Lubnan. 
  • Ahli Jawatan Kuasa Majlis Fatwa Lubnan. 
  • Anggota Majlis Ulama’ di Syria. 
  • Seorang pendakwah tingkat antar bangsa (Syam, Kanada, Mesir, Jepang dan Asia Tenggara). 
  • Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada. 
  • Murobbi Tasawuf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya. 
  • Pengasas Dar El-Hasani Center, yaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir. 
  • Penasihat Kehormatan Institut Pengajian Ar-Razi, Pulau Pinang, Malaysia
Kewarganegaraan: Libanon 
Tempat, Tanggal Lahir: Libanon pada Tahun 1948.

Pendidikan: 
  • Menyelesaikan Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M 
  • Menyelesaikan Pendidikan pada Institut Hukum Islam di Fakultas Syariah Islam di Universitas Islam Syria 1974 M 
  • Menyelesaikan Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Civil Internasional pada Fakultas Syari’ah Islam dan Hukum Universitas Al-Azhar 1989 M

Jabatan : 
  • Terpilih sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga Fatwa di Libanon 1975 – 1982 M
  • Imam Masjid di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M 
  • Pembimbing Spiritual (Murobi) pada 2 Masjid Bosnia & Hamilton di Toronto, di samping pada berbagai Komunitas Muslim di Amerika Utara 1992 M

Jabatan lainnya : 
  • Terpilih sebagai da’i kehormatan dan Penasihat umum dalam bidang hukum agama dan moral Islam di seluruh komunitas muslim di Amerika Utara. 
  • Diangkat sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon. 
  • Pensyarah Fikih Ushul Fikih di Universitas Al-Azhar. 
  • Penasihat dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam di Universitas Al Razi Malaysia. 
  • Da’i kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, Japan dan lain-lain. 
  • Pimpinan Umum Persatuan Da’i Tasawuf Internasional.

Lain-lain: 
  • Pakar bidang studi perbandingan antara fikih Hanafiah dan madzhab-madzhab lain, serta pemikiran Islam.


Jangan lupa dukung Mistikus Channel Official Youtube Mistikus Blog dengan cara LIKE, SHARE, SUBSCRIBE:




Anda sedang membaca Syeikh As-Syarif Al-Habib Yusuf Muhyiddin Al-Bakhour Al-Hasani | Silahkan Like & Follow :
| | LIKE, SHARE, SUBSCRIBE Mistikus Channel
| Kajian Sufi / Tasawuf melalui Ensiklopedia Sufi Nusantara, klik: SUFIPEDIA.Terima kasih.
Sudah berapa lama Anda menahan rindu untuk berangkat ke Baitullah? Melihat Ka’bah langsung dalam jarak dekat dan berkesempatan berziarah ke makam Rasulullah. Untuk menjawab kerinduan Anda, silahkan klik Instagram | Facebook.

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top