Mistikus Cinta

0
Syeikh Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (lahir 28 Desember 1958 adalah Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan yang ditabal pada 11 Mei 1987. Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Maret 2010. 

Keluarga 
Syeikh Raja Ashman Shah adalah anak ketiga Sultan Perak dari lima adik-beradik yaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

Raja Ashman Shah menikah dengan pemain film Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin. Mereka mendapat seorang anak lelaki dan dua anak perempuan yaitu Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Pendidikan 
Syeikh Raja Ashman Shah memperoleh gelar: 

  • Diploma dalam Undang-undang Perniagaan dari Universitas London, England; 
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Universitas Nottingham, England 
  • Ijazah Sarjana dalam Undang-undang dari Universitas Cambridge; dan 
  • Barrister-at-Law dari Lincoln’s lnn, London.

Dalam bidang agama, Syeikh Raja Ashman Shah pernah belajar dengan Syeikh Muhammad Nazim Al Haqqani - Tariqat Naqsybandi Haqqani. Baginda dilihat biasa bersurban besar.

Raja Ashman bersama dengan Shaykh Hisyam Kabbani dan Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim 'Adil al-Haqqani

Sejarah Hidup
Almarhum Syeikh Raja Ashman Shah aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd.

Almarhum Syeikh Raja Ashman Shah pernah menjadi Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.

Baginda yang juga penyokong setia pasukan hoki negara turut aktif dalam aktivitas sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah.

Baginda telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) dari kerajaan negeri Perak pada 18 April 1988 yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Meninggal dunia
Pada 30 Maret 2012, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah (54 tahun) mangkat di kediamannya no. 25 Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma. Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor menjelaskan bahwa jenazah dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Sembahyang jenazah diadakan di Masjid Ubudiah dan dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar. 




Berita meninggalnya YAM Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah, 54, akibat serangan asma di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada kira-kira jam 1.30 pagi, Juma'at 30 Maret 2012 telah mengejutkan seluruh pengikut Tariqat Naqshabandi di seluruh dunia.

Khalifah tariqat tersebut, Syeikh Hisyam Kabbani telah menyeru melalui blognya kepada seluruh pengikutnya di seluruh dunia supaya mengadakan bacaan tahlil, Yasiin dan sholat jenazah ghaib kepada jenazah Almarhum. 




Pernyataannya; “Lidah tidak dapat mengungkap simpati dan kasih sayang kami kepada Raja Asman, ia merupakan satu kehilangan besar dari Maulana Syeikh Nazim Haqqani dan semua murid.”

Syeikh Raja Ashman yang tidak kikuk bersurban serta berjubah dikenali sebagai penaung tariqat Naqsybandi Haqqani yang amat dihormati di seluruh dunia. 

Baginda sentiasa mengadakan majlis zikir di kediaman Bukit Damansara setiap malam Juma'at. Baginda dilaporkan meninggal sejurus majlis zikir pada malam berkenaan. Raja Ashman yang terkenal dengan sifat dekat dengan rakyat. 

Baginda juga memegang Ijazah dalam pengajian ilmu tasawuf Naqsybandi Haqqani dari Syaikh Sayyid Muhammad Nazim ‘Adil al-Haqqani, Mufti Besar Cyprus dan Imam Naqsybandi Haqqani.

Ziarah Makam Syeikh Raja Ashman Shah
Sumber






Jangan lupa dukung Mistikus Channel Official Youtube Mistikus Blog dengan cara LIKE, SHARE, SUBSCRIBE:




Anda sedang membaca Syeikh Raja Ashman Shah | Silahkan Like & Follow :
| | LIKE, SHARE, SUBSCRIBE Mistikus Channel
| Kajian Sufi / Tasawuf melalui Ensiklopedia Sufi Nusantara, klik: SUFIPEDIA.Terima kasih.
Sudah berapa lama Anda menahan rindu untuk berangkat ke Baitullah? Melihat Ka’bah langsung dalam jarak dekat dan berkesempatan berziarah ke makam Rasulullah. Untuk menjawab kerinduan Anda, silahkan klik Instagram | Facebook.

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top