Biography Shaykh Rohimuddin
Sheykh Rohimuddin Nawawi Al-Banten adalah seorang tokoh ulama’ kontemporari Indonesia di dalam mazhab Shafi’i, yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Beliau lahir pada tahun 1965 di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Almarhum ayahnya ialah K.H. Nawawi Jahari, murshid kepada Tariqah Al Qadiriyah. Beliau juga merupakan cucu saudara Almarhum Sheykh Nawawi Al-Banten, seorang ulama’ Shafii terkemuka di Mekah yang pernah mengajar di Masjidil Haram antara tahun 1860 hingga 1870. Kini, beliau seorang khalifah (muqaddam) kepada Sheykh Sidi Yusuf Muhyiddien al-Hasani dalam Tariqah As-Shadhuliyah Ad-Darqawiyah Al-’Alawiyah. Di samping itu, beliau juga di antara tenaga pengajar utama di Mahad Az-Zain di Bogor, Indonesia pimpinan Sheykh Muhammad Nuruddin al-Banjari.
Sheykh Rohimuddin Nawawi Al-Banten mendapat pendidikan menara gading di University Syarif Hidayatullah, Jakarta, University Al-Azhar, Cairo, University Cairo dan Ist. Liga Arab dalam Fakultas Adab, Bahasa & Sastra Arab. Kini, beliau serta keluarga bermukim di Cairo, Mesir dan sering berulang-alik ke pesantren beliau yaitu, Pesantren Al-Jahariyah, Bekasi, Jawa Barat. Antara guru-guru beliau adalah Almarhum Sheykh Gad al-Haq Ali Gad Al Haq, Syeikh Al Azhar, Sheikh Umar Hasyim (mantan rektor Al-Azhar), Dr Sa’ad Sa’ad Jawis (Muhaddis), Almarhum Sheykh Abdullah Mohammad Al-Hasani (Mursyd Thariqah Qadiriyah) dan Sheykh Dr Ali Jumah.
Beliau juga adalah tenaga pengajar merangkap ketua/pengasuh di Dar al-Hasani di Cairo Mesir. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta’lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan/kehormatan di pelbagai pesantren dan organisasi. Beliau banyak menulis kitab yang telah di terjemahkan di dalam bahasa seperti Memahami Tassawuf, Geloka Cinta, Di ambang perkahwinan dan banyak lagi.
Post a Comment Blogger Disqus