Mistikus Cinta

0

Kisah 10 Sahabat yang dijamin Masuk Syurga (2)

Khalifah Kedua, Pandai Membedakan Antara Haq dan Batil

Pendahuluan:

Khalifah Umar bin Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah Abu Bakar ra. Pelantikannya merupakan wasiat dari Khalifah Abu Bakar.

Sirah Umar Al-Khattab:

Nama penuhnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qarth bin Razah bin Adiy bin Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M dari Bani Adi yaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah menggembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang kali ke Syam membawa barang dagangan. Waktu Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertengkaran hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam bicara, berterus terang menyatakan fikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pembicara dan juga ahli strategi.

Sayidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi. Beliau kemudian memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam. Sebelumnya beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan senantiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang merasa takut untuk melakukan ibadah karena khawatir kepada orang Quraish yang selalu mengancam dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat. Beliau digelar al-Faruqâ yang bermaksud orang yang membedakan hak dengan yang batil. Gelar ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya dari gangguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad SAW juga memberi gelar sebagai Abu Hafsâ karena kegagahannya.

Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapi Umar keluar secara terang-terangan. Pedang di tangannya siap menghunus kepada siapa saja yang coba menghalanginya.

Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam untuk dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk dicalonkan memegang jabatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari kalangan sahabat dan orang-orang ramai.

Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, beliau pun wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun. Beliau mati karena ditikam oleh Abu Luâluah, bangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan bersebelahan dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di Madinah.

Kepemimpinan Khalifah Umar Al-Khattab:

A. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

- Membentuk Majlis Syura

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perundingan yang tertinggi. Yang terbagi menjadi dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.

Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Tsabit, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas dan Muaz bin Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan kebijakan negara dalam soal pemerintahan dalam dan hubungan luar.

Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mau memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

- Membagikan Wilayah-Wilayah Islam

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan pentadbir untuk mengurus sebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelancaran pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan membolehkan dalam memilih pegawai-pegawai yang cakap untuk melancarkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah bin Abu Sufian, Amru bin al-Ass, Mughirah bin Syuâbah dan Zaid bin Sumyah.

Sebelum seorang Gubernur itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka untuk mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

- Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan setempat dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi akan dikenakan cukai.

Tentara atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeda dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibagikan kepada tentara yang menyertai peperangan.


B. Pembaharuan dalam bidang ekonomi

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan juga negara mengikuti kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikuti jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanya kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui apakah cukai yang dikenakan membebani mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum perkara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cakap dan perbendaharan negara bertambah.

Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana juga telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq untuk menambahkan hasil pertanian.

C. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

- Melakukan kebijakan baru untuk golongan Dzimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berkenaan karena rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahwa cukai yang dikenakan atas mereka tidak membebani.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

- Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecuali bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahwa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenang seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jabatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

- Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru untuk mengajar pelbagai ilmu yang berhubungan dengan keilmuan dan diantar ke semua tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah didirikan di masjid-masjid untuk diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran untuk menguraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.


D. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

- Memajukan sistem pertanian

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.

Tanah juga telah dikaji untuk menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru untuk memperbanyak hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai untuk menambahkan pendapatan negara.

Rumusan:

Khalifah Umar adalah merupakan Khalifah yang banyak melakukan pembaharuan kepada negara Islam. Pentadbiran khalifah selepasnya pula diberikan kepada Saidina Uthman bin Affan ra.

Makam Khalifah Umar al-Khattab ra




Jangan lupa dukung Mistikus Channel Official Youtube Mistikus Blog dengan cara LIKE, SHARE, SUBSCRIBE:




Anda sedang membaca Khalifah Umar al-Khattab ra | Silahkan Like & Follow :
| | LIKE, SHARE, SUBSCRIBE Mistikus Channel
| Kajian Sufi / Tasawuf melalui Ensiklopedia Sufi Nusantara, klik: SUFIPEDIA.Terima kasih.
Sudah berapa lama Anda menahan rindu untuk berangkat ke Baitullah? Melihat Ka’bah langsung dalam jarak dekat dan berkesempatan berziarah ke makam Rasulullah. Untuk menjawab kerinduan Anda, silahkan klik Instagram | Facebook.

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top